Honda Wave Dash – Wajah baharu

Hanya akan ditawarkan mulai Mac 2013.

Kepada penggemar jenama motosikal Honda, ada berita baik untuk anda. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) baru-baru ini memberi solekan warna baharu untuk model Wave Dash.

Menerusi maklumat yang diperoleh, Boon Siew memperkenalkan empat warna baharu dan juga rim berwarna hitam. Empat warna baharu itu ialah biru metalik, oren berkilau, merah euforia dan hitam mutiara magelanik.

Bagi mereka yang jatuh hati pada warna oren berkilau, anda perlu tunggu sehingga Mac 2013. Sebabnya, itulah masanya Boon Siew Honda akan menawarkannya dan boleh didapati dari semua pengedar atau kedai motor berhampiran. 

Enjin masih sama iaitu 110cc yang menawarkan kuasa maksimum 6.22kw@7,500rpm dan tork sebanyak 8.59Nm pada 5,500rpm.

Dengan berbelanja RM5,269.60, anda menerima motosikal kapcai ini dengan brek cakera pada bahagian hadapan, sport rim dan penghidup jenis elektrik. Kesenangan buat mereka yang kurang gemar menggunakan penendang kaki. 

Tidak lupa juga, insurans komprehensif selama satu tahun diselitkan bersama harga di atas. Oh ye, jaminan adalah selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer. 

  • Anonymous

    This is very interesting, You’re a very skilled blogger.
    I’ve joined your rss feed and look forward to seeking more of your wonderful post.
    Also, I have shared your web site in my social networks!

    my web page … honda mobilio 2014 jakarta