Honda SH125i


Maklumat dan spesifikasi teknikal skuter terbaharu Honda SH125i kini diumumkan.Skuter bersesaran 125cc jenama Jepun itu dilengkapi beberapa komponen dan ciri baharu, antarnya:
Enjin baharu. Juga dikenali sebagai eSP (enhanced Smart Power), enjin ini disuntik dengan beberapa teknologi low friction dan Idling Stop. Ia dikatakan memberikan penjimatan penggunaan petrol sebanyak 133.9 mpg (WMTC mode figures).
Inilah skuter pertama Honda yang dipasang rim bersaiz 16 inci dan tempat letak kaki pula rata. Tidak lupa juga ruang simpanan barang di bawah tempat duduk yang mampu memuatkan topi keledar full-face.
Keluarga SH bermula pada tahun 1984 menerusi kemunculan SH50. Kepelbagaian model mula menjelma selepas itu seperti SH75, SH80, SH100, SH125, SH150 dan SH300.
Tahun 2011, jualan model SH125i dan SH150i melepasi paras 23,000 unit di Eropah.