Pusat BMW 4S Wheelcorp Premium

Bagi pemilik-pemilik kenderaan jenama BMW di sekitar kawasan Bandar Setia Alam dan Klang di Selangor, ada berita baik untuk anda. BMW Group Malaysia baru sahaja memperkenalkan pengedar 4S terbaharunya iaitu Wheelcorp Premium.
Pusat BMW 4S Wheelcorp Premium sedia ada ialah di Jalan Setia Prima S, U13/S, Setia Alam Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Satu lagi pusat BMW 4S Wheelcorp Premium yang sedang dibina ialah di Jalan Setia Murni AH U13/AH, Setia Alam Seksyen U13. Pusat 4S ini merangkumi jualan, servis, alat ganti dan sistem.
Maklumat lanjut, sila menghubungi Wheelcorp Premium di talian +603 3358 3913 / 5626 / 4399 atau BMW Voice di 1 800 88 3000 atau layari www.bmw.com.my