Pilih bahan bakar yang disyorkan

CHEVRON Malaysia Limited (Chevron Malaysia), pengendali runcit jenama Caltex menasihati pengguna menggunakan bahan bakar berdasarkan pengkadaran oktana yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan mereka.

Pengumuman tersebut dibuat memandangkan ada segelintir pemilik kenderaan menggunakan petrol RON97 dan bukannya RON95 sebagaimana yang disarankan. Minyak petrol RON97 ketika ini dijual pada harga RM2.90 seliter berbanding RON95, RM1.90 seliter.

Pengerusi Negara Chevron Malaysia, Jeremy Oh menyatakan pemilihan petrol RON95 boleh membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan harian.

“Chevron mengambil berat mengenai cara pengguna memilih bahan bakar yang menepati gaya pemanduan dan keperluan kenderaan mereka. Jika kenderaan anda disyor menggunakan petrol RON95, gunakan sahaja kerana ia lebih jimat.

“Penggunaan petrol dengan RON (nombor oktana penyelidikan) yang melepasi paras keperluan enjin tidak semestinya memberi kebaikan atau lebih prestasi kepada enjin kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Kosmo!
  • gc

    i only use caltex for all my vehicles
    this year january RM2.11 ron 97
    i use ron 97
    i assure you
    ron 97 more power during acceleration and also engine more quiet