Tourer terbaru BMW

Enjin enam silinder sebaris diperkenalkan


MESKIPUN pengenalan rasmi belum dibuat,  varian K 1600 GT dan K 1600 GTL sudah dinobatkan sebagai  pemenang tempat kedua dalam anugerah Motorcycle of the  Year Award 2011 anjuran majalah MOTORRAD.

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my


PENGENAAN enjin enam silinder sebaris pada motosikal  bermula sejak era 1970-an. Dengan teknologi pada zaman  tersebut, binaan enjin sebaris memiliki ciri sama ada amat  panjang atau amat lebar. Malah pada ketika itu, konsep  mengguna pakai enjin tersebut dianggap sebagai sesuatu  yang tidak praktikal pada sesebuah motosikal.


Biarpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat  juga enjin enam silinder sebaris yang dihasilkan pada zaman  itu yang bagus. Namun, apabila dinilai pada soal nisbah  kuasa-berat, keputusannya kurang memuaskan.


Mungkin disebabkan faktor enjin enam silinder sebaris  yang besar dan berat, sekali gus menjadi beban pada  motosikal. Kuasa tambahan diperlukan untuk menyele saikan kedua-dua faktor tersebut.


Benelli, syarikat pengeluar jentera Itali merupakan pe rintis industri apabila memperkenalkan motosikal pertama  dengan enjin enam silinder sebaris menerusi model Benelli  750 Sei pada tahun 1972. Tidak lama kemudiannya, dua  pemain Jepun mengikuti rentak sama. Bermula dengan  Honda CBX1000 pada tahun 1978 dan kemudiannya model  Kawasaki KZ1300 tahun 1979.


Selepas itu, motosikal dengan enjin panjang tidak menjadi  pilihan utama pengeluar kenderaan. Senario mula berubah  apabila Suzuki menayangkan motosikal konsep Stratosphere  di Tokyo Motor Show enam tahun lalu. Ia dilengkapi enjin  enam silinder sebaris 1,100cc. Namun sehingga kini, tiada  khabar berita mengenainya.


Tahun 2009, BMW pula mengetengahkan model kon sepnya, BMW Concept 6 di Pameran Motor Antarabangsa  Milan di Itali. Tiada siapa sangka pengeluar kenderaan  Jerman itu menunjukkan usaha seolah-olah mahu meng hidupkan semula penggunaan enjin enam silinder sebaris  pada motosikal. Mereka benar-benar merealisasikannya!


Dua varian iaitu K 1600 GT dan K 1600 GTL  diperkenalkan   pada Pameran Antarabangsa Intermot 2010 di Cologne,  Jerman. Jualannya pula bermula pada Mac 2011.

Bricoe pada majlis pelancaran dua varian tersebut



Untuk pasaran tempatan, kedua-dua model tourer ter sebut baru sahaja ditawarkan oleh BMW Group Malaysia  (BMW Malaysia).


Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe ber kata,  buat masa ini, sebanyak 20 tempahan untuk kedua-dua  varian tersebut sudah diterima dengan nisbah K 1600 GTL  dan K 1600 GT ialah 60:40.


Sasaran jualan bagi semua model motosikal BMW tahun  ini adalah sekurang-kurangnya 300 unit. Tahun lalu, BMW  merekodkan jualan sebanyak 281 unit motosikalnya.


“Jentera K 1600 GT dan K 1600 GTL merupakan satu lagi  bukti kepakaran BMW dalam industri motosikal. Kedua-dua  model ini membuka laluan untuk kami meneruskan usaha  memperluas rangkaian pilihan BMW Motorrad, selain me netapkan penanda aras baru dalam industri,” katanya se waktu majlis pelancaran motosikal itu.


Enjin sebaris kompak

Kedua-dua model varian BMW dilengkapi enjin ber kapasiti 1,649cc dengan berat cuma 102.6 kilogram (kg). Ia  merupakan enjin enam silinder sebaris paling ringan pernah  dihasilkan untuk motosikal berseseran lebih 1,000cc.


Lebar enjin itu dikatakan sepanjang 56 sentimeter. Rang kaian kuasa jentera tersebut berupaya menjana 160 kuasa  kuda pada 7,750 rpm (putaran per minit). Tork maksimum  ialah 175Nm pada 5,250rpm. Lebih 70 peratus tork mak simum dapat diperoleh pada takat 1,500rpm.


Enjin berkuasa itu dipadankan dengan transmisi enam  kelajuan. Model K 1600 GT dan K 1600 GTL masing-masing  berupaya mencapai kelajuan maksimum 250 kilometer se jam (km/j) dan 220km/j.


Berhubung penggunaan bahan api, pada kelajuan di kekalkan 90km/j, K 1600 GT menggunakan 4.5 liter untuk  setiap 100km. Jika kelajuan mencecah 120km/j, ia meng gunakan 5.7 liter bagi setiap 100km.


Model K 1600 GTL pula menggunakan 4.6 liter bagi setiap  100km pada kelajuan 90km/j dan  5.9 liter untuk kelajuan  120km/j.


Kombinasi binaan yang ringan dan teknik terbaru mem bolehkan berat kedua-dua jentera berjaya dikurangkan.  Berat K 1600 GT ialah 319kg manakala K 1600 GTL seberat  348kg.


Posisi casis dan enjin termasuk tempat duduk penunggang  turut menurunkan pusat graviti motosikal, sekali gus mem berikan imbangan pembahagian beban roda untuk tung gangan terbaik. Tujuannya menawarkan ciri pengembaraan  lebih baik, berkuasa dan mengekalkan kelancaran jentera.

Kedua-dua model itu memiliki kedua-dua posisi tempat  duduk ergonomik tanpa menjejaskan keupayaan tunggangan  yang dinamik, selain aplikasi lampu hadapan jenis xenon,  kawalan jelajah (cruise control) dan komputer binaan da lam.


Bagi varian K 1600 GTL, ia menawarkan pengembaraan  gaya mewah menerusi beberapa kelainan. Antaranya ter masuk dua tahap tempat duduk, tempat letak kaki pe nunggang lebih luas, adunan warna krom, lampu kabus,  kotak utiliti dan hendal yang agak ke belakang untuk postur  lebih santai sewaktu menunggang.


Tiga mode dan Infotainment


Tiga mode enjin disediakan untuk kedua-dua varian iaitu  Rain, Road dan Dynamic. Masing-masing untuk perjalanan  atas jalan basah, pengembaraan biasa dan prestasi sport.


Jentera itu dilengkapi teknologi sistem Electronic Sus pension Adjustment II (ESA II) yang menyelaras kekerasan  atau kelembutan keseluruhan sistem suspensi motosikal.  Bagi pemanduan malam, lampu depan mudah suai di sediakan untuk pencahayaan tambahan dan ia amat ber kesan sewaktu mengambil selekoh.


Panel instrumen merangkumi meter kelajuan, takometer  dan skrin paparan berwarna TFT bersaiz 5.7 inci. Skrin  berwarna pertama pada motosikal dalam industri.


Selain itu, kedua-dua model itu dilengkapi multi kawalan  elektronik pada bahagian hendal kiri untuk mengubah atau  mengendalikan fungsi-fungsi sedia ada termasuklah sistem  audio, komputer binaan dalam, ESA II, sistem navigasi dan  pemanasan kerusi.


Harga atas jalan tanpa insurans bagi K 1600 GT ialah  RM158,000 seunit. Sementara K 1600 GTL ditawarkan pada  harga M168,000 sebuah. Untuk ketenangan minda, jaminan  dua tahun tanpa had perbatuan diberikan.


Jentera tourer ini ternyata membuka dimensi baru ke seronokan tunggangan menerusi adaptasi teknologi terkini  dan inovasi yang lazimnya dimiliki kenderaan empat roda  BMW.


Sumber: Kosmo!