Pengeluaran Mazda3 cecah 3 juta unit

Mazda Motor Corporation (Mazda Corporation) Jepun  baru-baru ini mengumumkan bahawa model Mazda3 telah  berjaya merekodkan jumlah pengeluaran terkumpul se banyak tiga juta unit pada 26 April lalu.

Turut dikenali sebagai Mazda Axela di Jepun, jumlah  terkumpul itu meliputi pengeluaran sejak model generasi  yang pertama. Ia ia mengambil masa selama tujuh tahun dan  11 bulan untuk mencecah paras tiga juta unit.

Mazda3 kini merupakan kenderaan paling laris dalam  barisan produk kenderaan penumpang Mazda Corporation.  Buat masa ini, model tersebut dihasilkan di tiga buah kilang  di tiga negara iaitu kilang Hofu di Yamaguchi, Jepun; Kilang  Changan Ford Mazda Automobile di Nanjing, China dan  AutoAlliance di Thailand.

Tiga kilang berkenaan mengeluar dan memasarkan Ma zda3 ke dalam 90 buah negara. Unit ke-3 juta merupakan  model hatchback lima pintu yang menggunakan enjin  MZR-2.0L dan dilengkapi sistem i-stop Mazda. Model itu  dikeluarkan di kilang Hofu dengan spesifikasi Jepun.

Pengarah Eksekutif Kanan bahagian Penyelidikan dan  Pembangunan Mazda Corporation, Hirotaka Kanazawa ber kata, Mazda3 mewakili ketiga-tiga elemen DNA Mazda iaitu  rekaan tersendiri, fungsi luar biasa, pengendalian responsif  serta prestasi pemanduan.

Mazda3 berjaya mengekalkan kejayaan di peringkat global  dan menjadi antara model teras Mazda, serta merangkumi  satu pertiga daripada jualan semua model Mazda.

“Sejak model generasi pertama diperkenalkan, Mazda3  terus berkembang meskipun berlaku perubahan besar da lam industri automobil.

“Selain mengemudi dan mengukuhkan DNA Mazda, model  ini turut mengalami perkembangan luar biasa dari aspek  prestasi keselamatan dan persekitaran,” kata Kanazawa.

Sumber: Kosmo!