Model Saga FL 1.6L dan Persona baru

Proton Holdings Bhd. (Proton) memperkenalkan varian terbaru Saga FL Executive yang dilengkapi enjin 1.6-Liter Campro IAFM. Kereta sedan Saga FL 1.6L itu hanya didatangkan dalam transmisi automatik dan berwarna solid white sahaja.

Harganya ialah RM46,549 seunit. Harganya lebih RM3,700 berbanding model 1.3 Saga FL Executive.
Difahamkan model 1.6L ini sudah berada di bilik pameran Proton dan tempahan boleh dilakukan serta merta seluruh negara.

Apa yang baru:
Bahagian luaran membabitkan rim aloi baru dan stiker badan kereta.

Bahagian dalaman melibatkan pengalih udara keluar, panel tengah, door inner handle, steering ring dan
kekemasan akhir krom gelap.

Ciri standard sedia ada:
– Dua beg udara (bahagian hadapan) dan tali pinggang kenderaan pra-regangan.
– Butang kawalan audio pada stereng.
– Sistem audio dengan port USB
– Cermin tepi dengan with lampu penunjuk LED.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, model
Saga 1600cc memberikan generasi muda dan pemilik kenderaan empat perkara – tarikan, mampu milik, kos efektif dan alternatif berkuasa.

Model Saga diperkenalkan pada January 2008 dan sehingga April 2011, sebanyak 237,829 unit berada
di atas jalan. Tempah yang diterima Proton mencecah 285,499 ketika ini.

Bagi Saga FL yang diperkenalkan pada Disember 2010, ia melonjak jualan purata Saga kepada 6,700
unit sebulan. Jangkaan jualan Proton untuk model baru varian 1.6-litre ialah 300 unit sebulan. Angka ini
menyumbang kepada unjuran jualan sebanyak 83,000 unit Saga bagi tahun kewangan 2011/2012.

Jumlah kenderaan yang mahu dikecapi Proton untuk tahun kewangan sama ialah sebanyak 173,000 unit.
Peningkatan tujuh peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya. Jika ia berjaya direalisasikan, penguasaan pasaran domestik Proton akan mencecah 28 peratus.

Lagi satu pembaharuan Proton ialah model Persona. Warnanya juga solid white. Dua jenis transmisi
manual atau automatik. Jualan purata model Persona ialah kira-kira 4,000 unit sebulan. Sudah ada sebanyak 156,487 model itu di atas jalan. Tempahan Persona pula mencecah 173,011 sehingga artikel ini ditulis.


HARGA :
Proton Saga FL Executive 1.6L AT


Variant
Peninsular Malaysia
East Malaysia
Labuan
Langkawi
Saga  FL  Executive1.6L AT
RM 46,549
RM 49,149
RM 44,549
RM 44,449


Proton Persona (solid white)

Model Variant
Peninsular Malaysia
East Malaysia
Labuan
Langkawi
 High Line AT
RM 59,049
RM 61,549
RM 55,099
RM 55,449
Medium Line AT
RM 55,549
RM 58,049
RM 52,549
RM 52,349
Medium Line MT
RM 52,549
RM 55,049
RM 49,749
RM 49,549