Keeway Dorado Black Knight

Satu lagi model Keeway berjaya dikesan. Kali ini, ia sebuah cruiser. Tona warnanya hitam dengan beberapa komponen krom. Mungkin mahukan imej ganas tapi nilaikan sendiri. Nama yang dipamerkan pada tangki ialah Dorado Black Knight. Varian baru?

Rasanya inilah model yang saya terserempak sewaktu menunggang di lebuh raya Oktober 2013. Masa itu ada dua unit Keeway sedang menguji di situ sebelum susur keluar menghala Rawang. Nampak gaya, Benelli Keeway sudah ada dua model yang bakal temui kita.


Benelli Keeway ada menjual model Dorado 250 dan diperkenalkan untuk mereka yang gemar kustom motosikal. Model Dorado 250 menggunakan enjin 250cc sahaja. Kuasa yang boleh dihasilkan tidak begitu besar iaitu 19Hp dan tork sekadar 18.7Nm.

Di bawah ini ialah gambar spyshot varian Dorado Black Knight:


  • Rajeswara Rao

    Pls.do not buy Keeway Dorado Black Knight because my new bike after 21 days the bike breakdown due to Fuel Injection failure , manufacturing defect wiring short makes the bike unable to start. When I send email to them ,no reply from them already been 4 days,this shows very poor service not customer oriented.

    • akira

      Rajeswara..i wanna know how your black knight now..i just bought black knight n also have the same problem