Yamaha MT-09 CKD

Gear Jahat- Motosikal Yamaha MT-09 CKD (4)Bagi anda yang menanti model Yamaha MT-09 versi CKD, ada berita baik.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memaklumkan bahawa motosikal itu akan masuk pasaran menjelang pertengahan bulan ini.

Sebelum ini, model yang dijual ialah motosikal yang diimport dari Jepun. Sebelum ini, maklumat mengenai MT-09 ada diutarakan di sini

Yamaha MT-09 versi CKD menggunakan enjin empat lejang tiga silinder bersesaran 850cc. Harganya ialah RM45,000. Itu belum masuk cukai jalan, insurans dan nombor plet.

Model MT-09 versi CKD dipasang di kilang HLYM di Sungai Buloh, Selangor.

Hanya dua pilihan warna ditawarkan iaitu Deep Armor (ungu) dan Blazing Orange (oren).