Panggilan semula Honda NSS300 – Masalah pam minyak

Gear-Jahat-NSS300-25284-rosak

Bagi mereka yang membeli model Honda NSS300A dan NSS300, anda diminta untuk membawa semula skuter anda ke cawangan Boon Siew Honda atau pengedar rasminya yang terdekat.

Skuter anda mungkin ada kerosakan yang telah dikenal pasti. Kerosakan itu berkait dengan pam minyak anda yang menyebabkan gangguan aliran petrol dengan baik.

Kerosakan itu boleh menjadi punca skuter anda gagal dihidupkan. Boon Siew Honda akan memeriksa dan menggantikan pam minyak yang rosak.

Panggilan semula itu melibatkan sebanyak 33 buah skuter yang sudah dijual kepada orang ramai.

Skuter yang dikesan terjejas ialah model yang menggunakan nombor VIN:

Honda-Skuter

Mereka yang terlibat diminta menghubungi talian 1-800-88-3996 dan membuat temu janji untuk pemeriksaan dan baik pulih.

Gear-Jahat-NSS300-252832-rosak