Boon Siew Honda lancar skuter Honda PCX baru

Gear-Jahat-Honda-PCX-2015-14

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Boon Siew Honda memperkenalkan model baharu skuter Honda PCX.

Sebenarnya, saya memperoleh maklumat mengenai ketibaan model baharu itu sekitar awal tahun 2014. Nampak gaya, baru sekarang mereka melancarkannya.

Senario pelancaran memang berbeza. Jika dahulunya untuk model edisi 2012, Boon Siew Honda memanggil kami untuk hadiri sidang media.

Sidang media itu penting kerana ada pembentangan produk termasuk aspek teknikal. Ada peluang untuk kami ajukan soalan mengenai skuter itu. Ada juga ruang untuk kami dapatkan input-input penting.

Gear-Jahat-Honda-PCX-2015-11

Kali ini, mereka sekadar kirimkan emel mengenai skuter 2014. Tiada ruang untuk melihat pembentangan teknikal. Tiada ruang bertanyakan sebarang soalan.

Mungkin ini kaedah baru setelah perubahan tampuk kepimpinan tertinggi dalam pengurusan Boon Siew Honda.

Meneliti segala kandungan siaran akhbar Boon Siew Honda kirimkan, saya dapati skuter Honda PCX edisi 2014 ada peningkatan dan tambahan ciri baru untuk pembeli.

Nampak gaya juga, ada pengurangan pada unit rangkaian kuasa enjin.

Gear-Jahat-Honda-PCX-2015-17

Honda PCX baru diserikan dengan adanya lampu LED pada set lampu hadapan. Ia dikatakan sporty. Bagi saya, itu sebenarnya elemen kemewahan.

Lampu belakang dan lampu isyarat membelok kini adalah jenis LED. Pujian diberikan kepada jurutera Honda kerana melengkapkan skuter itu dengan lampu kecemasan – lampu isyarat akan berkerdip serentak.

Boon Siew Honda mendakwa pelana model PCX 2014 berbeza dengan PCX 2012. Penahan belakang untuk bahagian tempat duduk pembonceng telah dibuang. Seolah-olah lebih selesa.

Gear-Jahat-Honda-PCX-2015-3

Ruang simpanan kecil pada bahagian bawah hendal kiri dilengkapkan dengan slot elektrik 12V AC. Tujuannya untuk cas telefon bimbit anda.

Instrumen meter sudah berwajah baharu. Ia menggunakan kombinasi skrin digital dan analog.

Gear-Jahat-Honda-PCX-2015-7

Seperti model edisi 2012, PCX baru juga ada sistem melahu (Idling Stop). Tujuannya untuk kurangkan pembaziran petrol sewaktu berhenti di jalan raya dan membantu pelihara alam sekitar.

Saya mendapati sistem itu agak efisien bagi model sebelum ini. Ia senyap dan tidak terlalu ketara gegaran enjin apabila dihidupkan. Untuk model baru ini, mungkin prestasinya sama.

Tangki minyak sudah diluaskan saiznya. Model baru boleh menyimpan 8 liter petrol berbanding model lama. Kadar berhenti lebih kerap untuk isian semula petrol dapat dikurangkan.

Pilihan warna hanya ada dua. Putih dan merah. Tiada lagi varian Deluxe (kombinasi warna merah putih).

Harga nampaknya sudah dikurangkan kepada RM9,999 sebuah.

Kapasiti enjin skuter PCX 2014 nampaknya sudah dikecilkan sedikit. Kuasa maksimum pun sudah menurun.

Saya ada menyediakan perbandingan spesifikasi kedua-dua model di bawah untuk anda.

Untuk entri pelancaran Honda PCX 2012, klik di sini.

Untuk laporan tunggang uji Honda PCX 2012, klik pula di sini.

 

Galeri gambar

 

 

Gear-Jahat-Honda-PCX-2015-Doc

Gear-Jahat-Honda-PCX-2015-Doc-2