Kawasaki KSR Pro 2014 dikesan di Malaysia


Secara senyap Kawasaki menanti masa untuk mengedarkan model Kawasaki KSR Pro kepada para pengedar di seluruh negara. Nampak gaya, ia satu lagi model pemasangan tempatan (CKD). Ada dua warna untuk dipilih iaitu hijau dan hitam.

Ketibaan KSR Pro sudah pastinya menarik minat mereka yang mahu lebih banyak keseronokan menunggang sebuah fun bike. Sebelum ini, Kawasaki Malaysia ada menawarkan model KSR. Saya tidak merasakan model KSR akan dihentikan jualan dengan ketibaan KSR Pro. 


Apa yang membezakan KSR Pro daripada KSR? Ada beberapa perkara dikesan :

* KSR Pro ada klac tangan
* Konfigurasi gear manual
* Ada penghidup elektrik
* Cakera brek baharu
* Pelekat badan

Enjinnya masih sama iaitu empat lejang silinder tunggal 111cc dengan sistem penyejukan udara. Transmisinya empat kelajuan. Tangki minyak 7.3 liter.

Galeri gambar: