Maklumat asas pada tayar motosikal

BD-PilotStreet-140-cote

Tayar ialah satu-satunya komponen yang ada pada motosikal yang menghubungkan penunggang dengan jalan raya.

Ia ibarat satu jambatan yang menyambung dua kawasan berbeza. Tayar sebenarnya amat penting dan diberi perhatian khusus.

Anda juga perlu memastikan tayar yang digunakan adalah bersesuai untuk motosikal dan cara anda menunggang.

Sebenarnya, ramai juga antara kita yang tidak tahu apa maksud tulisan yang ada pada sebuah tayar.

Di sini, saya ingin kongsikan dan memberi maklumat sedikit mengenai tulisan pada tayar motosikal.

Biasanya ada 4 perkara pada sesesuatu tayar iaitu:

 

1. Pengeluar tayar seperti Dunlop, Michelin, Maxxis dan lain-lain.
2. Anak panah menujukan arah pemasangan tayar
3. Infomasi binaan tayar
4. Nama model tayar
Bagaimana membaca maklumat pada tayar? Saya berikan contoh di bawah sebagai rujukan:

110 / 90 – 18 ZR M/C (54W) TL

110   : Saiz lebar tayar dalam milimeter
90     : Saiz tinggi tayar berdasarkan ukuran lebar 110 (maknanya 90% daripada 110mm)
18     : Diameter rim (rim dalam ukuran inci)
Z       : Kategori kelajuan
R       : Radial (jenis tayar radial)
M/C   : Motosikal
54      : Indeks berat (berat maksimum yang mampu ditampung)
W      : Indeks kelajuan
TL      : Tayar tanpa tiub (tubeless)

130 / 90 – 17 69 R TT

130  : Saiz lebar tayar dalam milimeter
90    : Saiz tinggi tayar berdasarkan ukuran lebar 130 (maknanya 90% daripada 130mm)
17    : Diameter rim (dalam inci)
69    : Indeks berat (berat maksimum yang mampu ditampung)
R     : Indeks kelajuan
TT    : Tayar menggunakan tiub (tube type)

2.75 – 45 21 L TT

2.75 : Saiz lebar tayar dalam inci
21    : Diameter rim (dalam inci)
45    : Indeks berat (berat maksimum yang mampu ditampung)
L      :  Indeks kelajuan
TT    :  Tayar menggunakan tiub (tube type)
Gear-Jahat---data-tayar-motosikal-2
Gear-Jahat---data-tayar-motosikal