Yamaha YZF-R25 dipertontonkan di Malaysia dengan harga anggaran RM20,000

CYMERA_20150205_182315

Hong Leong Yamaha Motor baru sahaja mengadakan majlis pra pelancaran dan previu model yang menjadi sebutan orang ramai sejak beberapa bulan lalu. Apa lagi jika bukannya YZF-R25.

Diberi gelaran sebagai Baby M1, motosikal itu ditawarkan pada harga anggaran sekitar RM20,000.

Yamaha belum putuskan harga sebenar untuk dijual. Mereka akan mengumumkannya tidak lama lagi.

CYMERA_20150205_182343

Harga itu belum termasuk kos lain sepert cukai jalan, insurans dan nombor plet.

Motosikal yang berjaya menjadi buah mulut para penggemar motosikal ini didatangkan dengan hanya dua pilihan warna iaitu biru kelabu dan merah putih.

Yamaha YZF-R25 menggunakan enjin dua silinder sebaris DOHC lapan injap. Silinder jenis Diasil. Omboh pula jenis forged.

Lampu hadapan pula ialah jenis berkembar dan nampak agak agresif.

Lampu belakang pula nampak macam tiru rekaan model R1.

Sebelum terlupa, lampu belakang menggunakan mentol LED.

Yamaha menyatakan pelana (tempat duduk) digunakan menggunakan material anti gelincir. Sama seperti model superbike lain.

Model R25 dikatakan sesuai untuk digunakan sebagai mod pengangkutan harian atau tunggangan hujung minggu.

Ia mungkin disebabkan struktur binaan motosikal yang menitikberatkan soal mesra penunggang baru dan keselesaan.

Beratnya hanya 166 kilogram.

Bagaimanapun, para peminat model ini perlu sabar kerana motosikal ini akan memasuki pasaran sekitar bulan April nanti.

Pengeluaran motosikal R25 akan dijalankan di kilang Yamaha di Sungai Buloh, Selangor.

Ada yang berbisik kepada saya – motosikal R25 bakal menggugat dominasi Kawasaki Ninja dan menjentik Honda CBR250R ke tepi.

Jika begitu hebatnya Yamaha, apa pula nasib Blade 250 selepas ini? Megelli?

Biarpun KTM RC tidak tergolong dalam segmen 250cc tetapi ketibaan R25 pasti memberi tamparan jualan mereka.

Susah untuk menyatakan jenama mana bakal menduduki liga sportsbike 250cc. Setiap motosikal ada kekuatan dan kekurangannya.

Ada yang murah tapi mampu milik. Ada yang sederhana mahal tetapi berbaloi. Ada yang mahal sekadar jual nama sahaja.

Sama-sama kita beri masa kepada industri sportsbike suku liter untuk mencorak semula bentuknya.

Apa yang pasti, R25 akan memberi kesan pada segmen 250cc.

R25-INFO