Yamaha memperkenalkan VMAX Carbon

2015-Yamaha-VMAX-Carbon-EU-Carbon-Action-003

Pada tahun 1985, Yamaha melancarkan sebuah model motosikal yang menggunakan enjin V4. Model itu ialah VMAX.

Bagi meraikan ulang tahun ke-30 model motosikal itu, Yamaha memperkenalkan varian VMAX Carbon di Britain. Motosikal itu direka dengan beberapa komponen ringan yang diperbuat daripada gentian karbon (carbon fiber).

Aksesori lain yang ditambah pada model VMAX Carbon ialah sistem ekzos slip on Akrapovic. Motosikal itu menggunakan enjin V4 berkapasiti 1,679cc yang boleh menjana kuasa sebanyak 200PS.

 

 

vmax-carbon

 

  • user

    boleh tak buang animation gmbr and banner tu?
    nak baca skrin bergerak atas bawah. menyusahkan.

    • gearjahat

      mekasih sebab kasi feedback…dah dibuang 😀