Motosikal dua lejang kanak-kanak – Yamaha PW50 edisi 2015

2015-Yamaha-PW50-EU-Racing-Blue-Studio-001Apabila menyebut mengenai mini bikes off road untuk golongan kanak-kanak, Yamaha adalah antara jenama yang agak popular dalam segmen itu.

Sebagai contoh, lihat sahaja model Yamaha PW50. Sejak mula diperkenalkan pada 1981, model itu dikatakan menjadi mini bike entry level untuk kanak-kanak.

Ia sebuah jentera yang sesuai bagi kanak-kanak untuk belajar menunggang atau mula menceburi dunia tunggangan motocross.

Ini adalah model dua lejang dan enjinnya sekadar 49cc sahaja. Kotak gear digunakan ialah jenis automatik. Maknanya, hanya perlu pulas dan ia akan jalan.

Sebagai langkah keselamatan, Yamaha menambah satu ciri untuk kelegaan ibubapa. Mereka boleh menghadkan tahap kelajuan motosikal itu dengan mengubah tetapan pendikit minyak (adjustable throttle).

Beratnya hanya 39kg. Tempat duduknya sedikit tebal tetapi membolehkan kanak-kanak bergerak dalam keadaan selesa. Perehat kaki (footpegs) pula sedikit besar diberi pelapik getah.

Brek yang digunakan ialah jenis drum pada rim bersaiz 10 inci. Suspensi belakang mengaplikasi penyerap hentak berkembar.

Model edisi 2015 dijual pada harga permulaan £1,249 (kira-kira RM6,770) di United Kingdom.

 

 

 

pw50

 

  • gearjahat

    Model tok kanak-kanak 😀

  • Agak2nya Bila model nie akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia?

    • gearjahat

      Sukar tok dikata bro… yamaha hanya bawak model2 yg boleh jual shj. Ni model 2 lejang dan skrg ada peraturan tok hentikan pengeluaran model 2 lejang. Rasanya…mereka xkn jual model ni Kat Malaysia.