Yamaha E115M didedahkan di Sarawak – Timur Malaysia

Gear-Jahat---Yamaha-E115M-(3)Nampak gaya, ada perkembangan menarik yang berlaku di Sarawak. Dalam diam, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sudah menayangkan sebuah kapcai baru di sana.

Lebih menarik lagi, kapcai itu dikhas untuk pasaran Timur Malaysia sahaja, iaitu Sabah dan Sarawak.

Nama model itu ialah Yamaha E115M. Mungkin huruf E dan M pada motosikal itu mendokong maksud East Malaysia. Atau ia suatu kebetulan sahaja.

Jika saya tidak silap, ini kali pertama HLYM melancarkan model baharu di Timur Malaysia.

Apabila diperhatikan, reka bentuk motosikal kapcai itu mempamerkan gaya yang menarik dan seolah-olah menekan aspek aerodinamik.

Jika ditanya mengenai harga motosikal Yamaha E115M, saya  merasakan ia akan dijual pada harga anggaran sekitar RM4,200 hingga RM4,500 sebuah.

 

 

 

Spesifikasi Yamaha E115M:

Enjin: Silinder tunggal, empat lejang, SOHC dengan sistem sejukan udara

Sesaran: 114cc

Gerek x Lejang: 50mm x 57.9mm

Nisbah mampatan: 9.0:1

Kuasa maksimum: 5.7kW @ 7260rpm

Tork maksimum: 8Nm @ 5480rpm