Benelli TNT 300 ditawarkan pada harga RM18,990

Gear-Jahat---TNT300-3Jika anda mengunjungi tapak pameran Benelli Keeway Motorcycles sewaktu MotoGP pada tahun lalu, sudah pasti anda melihat model Benelli TNT 300.

Minggu ini, model naked itu mula ditawarkan kepada orang ramai dengan harga jualan asas RM18,990 sebuah.

Benelli TNT 300 dipasang enjin dua silinder sebaris DOHC dengan teknologi sistem pancitan bahan api. Kotak gear yang digunakan ialah enam kelajuan.

Motosikal terbaharu itu dipasang dengan brek cakera pada kedua-dua roda. Fork yang digunakan adalah jenis USD 41mm.

Benelli TNT 300 dicipta untuk kegunaan dalam bandar dan untuk mereka yang ingin menaik taraf kepada sebuah jentera berkapasiti lebih tinggi.

Anda perlu ada lesen B Full jika ingin menunggangnya. Lesen L pun boleh, cuma lalu ke nak perbaharui lesen selalu?

Warna pilihan Benelli TNT 300 cuma dua iaitu putih dan merah.

 

 

TNT