Kit Brasse 31BLK untuk Kawasaki Ninja 250

Gear-Jahat---Motosikal-Kawasaki-Ninja--250R-BLK-Ninja

Jika anda ada sebuah Kawasaki Ninja 250 dan mahu ia kelihatan luar biasa, mungkin ini idea yang boleh dipertimbangkan.

Inilah pakej Brasse 31BLK. Sememangnya ia mampu menjadikan model Ninja 250 standard keluaran tahun 2008 hingga 2012 anda nampak agresif dan luar biasa.

Bagaimanapun, harga yang dikenakan bukannya murah. Anda perlu bayar AS$1,695 (kira-kira RM6,000 lebih) untuk memilikinya. Itu belum kira kemungkinan ada kos-kos tambahan termasuk pos.

Gear-Jahat---Motosikal-Kawasaki-Ninja--250R-BLK-Ninja-1

Pakej Brasse 31BLK keluaran syarikan 31BLK LAB itu membolehkan anda menanggal tempat duduk belakang apabila tidak digunakan.

Selepas tanggalkan tempat duduk belakang, ia boleh disimpan di hadapan motosikal. Tempat duduk itu akan diikat dengan adanya dua kunci pemegang pada bahagian hadapan motosikal (lihat gambar bawah).

Gear-Jahat---Motosikal-Kawasaki-Ninja--250R-BLK-Ninja-3

Kit Brasse 31BLK menukar reka bentuk sport bike anda kepada sebuah street fighter. Fairing tepi mengukuhkan imej radikal Ninja 250 anda.

Setiap komponen dibuka tidak melibatkan gangguan pada komponen mekanikal atau elektrik motosikal.

Kit Brasse 31BLK itu juga didatangkan bersama set lampu berkembar Gullwing (menggunakan lampu halogen), meter laju, madgad belakang, fairing kiri kanan dan panel penutup.

Anda juga akan terima braket dan mounting untuk tempat duduk belakang dan peralatan serta buku manual untuk kerja-kerja transformasi.

Gear-Jahat---Motosikal-Kawasaki-Ninja--250R-BLK-Ninja-2

Untuk membelinya, anda perlu melakukan secara online. Ini lamannya http://31blk.com/

Gear-Jahat---Motosikal-Kawasaki-Ninja--250R-BLK-Ninja-4

Gear-Jahat---Motosikal-Kawasaki-Ninja--250R-BLK-Ninja-5