Yamaha mahu bina kereta pada 2019?

Gear Jahat - Yamaha Kereta MOTIV

Yamaha (Yamaha Motor Co Ltd) nampak gayanya ada rancangan untuk keluarkan model kereta dengan dua tempat duduk.

Bila membaca laporan dari agensi berita Reuters, kereta itu akan dijual di Eropah mulai tahun 2019.

Kereta itu juga akan dijual di Japan dan negara Asia yang lain. Mungkinkah Malaysia juga tersenarai?

Yamaha mahu jual kereta itu kepada mereka yang sayangkan dan mementingkan penjagaan alam sekitar.

Yamaha juga akan labur banyak untuk menyiapkan sebuah kilang pengeluaran di Eropah. Kilang kereta.

Namun, lokasi dan jumlah kos sebenar untuk menyiapkan kilang itu tidak didedahkan secara terperinci.

Kereta itu akan dihasilkan dalam dua jenis. Pertama, menggunakan enjin petrol 1 liter. Kereta kedua ialah kereta elektrik.

Jika anda masih ingat, Yamaha ada tayangkan kereta konsep mikro iaitu Motiv di Tokyo Motor Show tahun 2013.

SiniĀ ada dua link video untuk anda: