Vespa Primavera Touring

vespa-primavera-vespa

Ini satu lagi varian dalam rangkaian Primavera keluaran Vespa. Apa yang membezakannya dengan siri Primavera lain ialah aksesorinya.

Primavera Touring dipasang dengan rak barangan berwarna krom pada bahagian hadapan dan belakang.

Dengan adanya kelebihan itu, pemilik boleh membawa muatan barangan tambahan khasnya apabila mengembara ke sesuatu lokasi.

Tempat duduknya kini berwarna koko. Pilihan warna itu dibuat bagi memadankan dengan penghadang angin yang berwarna kelabu lembut.

Vespa Primavera Touring didatangkan dengan beberapa pilihan iaitu 50 2-stroke (dua lejang), 50 4-stroke 4V, 125 4-stroke 3V dan 150 4-stroke 3V.