Lelong motosikal Light Cycle filem Tron

Tron-Light-Cycle-Replica-Goes-To-Auction-2

Pernah tonton filem Tron:Legacy? Ingatkah model Light Cycle?

Tron: Legacy dipertontonkan di pawagan pada 2010. Sebenarnya, filem asal Tron pernah ditayangkan kira-kira 28 tahun lalu, iaitu sekitar tahun 1982.

Motosikal futuristik Light Cycle yang dipamerkan dalam filem alam maya itu kini dibuka untuk lelongan kepada orang awam.

Hari lelongan ialah 2 Mei 2015. Harga lelongan pula bermula serendah AS$25,000 (RM91,537) hingga AS$40,000 (RM146,459).

Hanya satu unit motosikal Tron Light Cycle itu dilelong.

Berdasarkan maklumat, motosikal Light Cycle ialah model replika yang dibina menggunakan kerangka keluli, komponen gentian karbon (carbon fiber) dan gentian kaca (fiberglass).

Panjangnya ialah 2.59 meter. Lebar pula ialah 58.8 sentimeter. Motosikal itu boleh bergerak. Ia menggunakan kuasa bateri litium ion 96V.

Dianggarkan bahawa satu cas penuh bateri itu boleh mencecah jarak tunggangan sejauh 160 kilometer.

Transmisi dan pendikit Light Cycle pula menggunakan kawalan sistem komputer. Brek digunakan adalah jenis hidraulik. Tidak pasti pula berapa laju motosikal itu boleh bergerak.

Mungkin ini sekadar satu lagi koleksi bagi mereka yang banyak duit dan peminat tegar filem Tron.

  • Jared Hayward

    Can I perches one of this style light cycle