Ducati memperkenalkan rangkaian basikal

Nampak macam gurauan tetapi bukan.

Ducati sebenarnya sudah menawarkan rangkaian basikal edisi 2016 kepada para peminatnya melalui beberapa kedai terpilih di Itali.

Basikal rekaan Bianchi itu dikatakan berteknologi tinggi dan menonjolkan gayaan Itali.

Rangkaian basikal Ducati meliputi model MTB, Sport, Junior, Kids dan E-bike.

GEAR JAHAT DUCATI BASKIKAL Hypermotard 16''

Model yang paling comel sudah pastinya Ducati Hypermotard 16″ (inci). Basikal beroda empat itu direka untuk si kecil dengan dua pilihan warna iaitu merah dan hitam.

Apa yang pasti, harganya bukannya murah. Tag harga bermula serendah 279 Euro hingga 309 Euro. Kiraan kasar dalam Ringgit Malaysia ialah RM1,341 hingga RM1,485 sebuah.

GEAR JAHAT DUCATI BASKIKAL MTB

Bagi rangkaian basikal MTB edisi 2016, harga jualannya adalah antara 349 Euro hingga 899 Euro (RM1,677 hingga RM4,321)

GEAR JAHAT DUCATI BASKIKAL Sport Disc

Model Sport 2016 bermula serendah 689 Euro hingga 769 Euro (RM3,311 hingga RM3,695)

Rangkaian basikal segmen Kids paling murah iaitu 169 Euro hingga 189 Euro sebuah (RM812 hingga RM908).

GEAR JAHAT DUCATI BASKIKAL E-City

4-E-400

E-Bikes Ducati model 2016 ditawarkan pada harga 2,250 Euro hingga 2,690 Euro (RM10,813 hingga RM12,928).