Suzuki DR-Z50 untuk kanak-kanak

pcSuzuki memberi nafas baru pada model off-road DR-Z50 yang dibina khas untuk kanak-kanak.

pc (4)

Motosikal berskala mini itu dipasang enjin empat lejang berkapasiti 39mm yang dipadankan dengan sistem karburator Mikumi VM13.

pc (1)

Enjin boleh dihidupkan dengan menggunakan penendang kaki atau menekan butang pemula enjin.

pc (2)

Jika motosikal sukar dihidupkan, bukan masalah besar kerana Suzuki menyediakan punat Choke untuk membantu menghidupkan enjin.

pc (3)

Kotak gear yang digunakan adalah 3 kelajuan. Motosikal ini boleh jana kuasa sebanyak 2.9kW@9,500rpm.

Kuasa tork maksimum ialah 3.4Nm @ 7,000rpm.

Ia dikatakan menjanjikan kuasa tarikan yang diperlukan penunggang muda.

Keseluruhan reka bentuk motosikal DR-Z50 dibina untuk memberi ruang secukupnya ketika anak muda menunggangnya.

Motosikal ini diberikan salutan warna kuning dengan pelekat grafik untuk menyerikan imejnya.

pc (5)

Untuk memudahkan capaian tangan kanak-kanak membrek, tuil brek boleh diselaras mengikut kesesuaian penunggang.

Saiz tangki minyak model ini hanyalah 3 liter. Ketinggian tempat duduk dari bumi ialah 56 sentimeter.

Bagaimanapun, model seberat 54 kilogram ini tidak direka untuk kegunaan atas jalan raya biasa.

Motosikal ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas.

 

Model ini memiliki peluang yang sangat tipis untuk memasuki pasaran Malaysia.