Ducati dedahkan draXter

 

Gear Jahat - draXter

Ducati mencipta kejutan dengan menayangkan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai draXter. Penampilannya dilakukan di Ekspo Motosikal Verona.

draXter ini sebenarnya sebuah model Ducati XDiavel standard yang diberikan transformasi gayaan sport. Projek mencipta motosikal draXter dilakukan Unit Rekaan Termaju Ducati.

Dimaklumkan bahawa model konsep ini meminjam beberapa komponen perlumbaan daripada model superbike Panigale. Antara komponen yang diadun pada model draXter ialah sistem suspensi Ohlins dan sistem brek Brembo.

Ekzos standard ditanggalkan untuk memberi ruang bagi pemasangan sistem ekzos Termignoni. Untuk melengkapkan imej bahagian belakang, Ducati menggantikan tayar asal kepada jenama Pirelli bersaiz besar.

Nombor 90 yang terpapar pada badan draXter ini sebenar memberitahu anda, tahun ini adalah ulang tahun ke-90 Ducati.