Warna baru Yamaha MT-09 Tracer ABS edisi 2016

Gear Jahat- Yamaha MT-09 Tracer

Yamaha Motor di Jepun akan melancarkan warna baru bagi jentera kembara MT-09 Tracer ABS edisi 2016.

Jentera dengan kombinasi warna biru kelabu gelap itu akan ditawarkan mulai 15 April ini. Anda juga boleh memilih tiga warna sedia ada iaitu merah atau kelabu atau racing blue.

Model ini mengunakan kerangka sama seperti yang ada pada MT-09. Enjin tiga silinder DOHC 845cc itu juga diambil dari model MT-09. Seperti biasa, mod tunggangan juga ada 3 iaitu STD, mode A dan mode B. Motosikal ini juga dipasang teknologi sistem kawalan cengkaman (TCS).

Sistem brek cakera kembar pada roda hadapan berukuran 298 milimeter itu mempunyai angkup empat omboh untuk keupayaan memberhentikan motosikal dengan lebih efisien.

Gear Jahat- Yamaha MT-09 Tracer abs

Roda belakang juga menggunakan brek cakera tunggal. Kedua-dua komponen brek MT-09 Tracer dipasang bersama teknologi ABS. Untuk keupayaan membrek lebih selamat.

Seingat saya, di Malaysia tidak ramai pengeluar mahu bawa masuk model dengan sistem ABS kerana dikatakan harga motosikal akan jadi lebih mahal. Nanti susah jual motosikal.

Lampu hadapan dan belakang menggunakan jenis LED. Untuk penunggang, pelana boleh diselaras dua tahap. Sama ada tinggi atau rendah.

Untuk menempis pukul angin sewaktu tunggangan, pelindng angin didatangkan dengan opsyen boleh laras tiga tahap.

Gear Jahat- Yamaha MT-09 Tracer penghadang angin

Instrumen meter digital pula berbentuk segi empat. Reka bentuk perumah meter seperti ia tahan lasak. Skrin warna masih hitam dan putih.