Yamaha MT-09 berwajah segar

Gear Jahat - Yamaha MT-09 warna baru 2016 8

Nampaknya Hong Leong Yamaha Motor sudah memperbaharui warna untuk model motosikal berkuasa tinggi Yamaha MT-09 untuk pasaran Malaysia.

Ada dua pilihan kombinasi warna diketengahkan iaitu floresent kuning dengan kelabu hitam dan biru bersama kelabu hitam.

Gear Jahat - Yamaha MT-09 warna baru 2016 9 Gear Jahat - Yamaha MT-09 warna baru 2016

Imej motosikal itu nampaknya lebih segar apabila jurusolek HLYM mengenakan warna floresent kuning dan biru pada bahagian sport rim. Bahagian badan motosikal pula dihiasi tulisan 09 yang nampaknya sedikit besar.

Kulit enjin model MT-09 edisi 2016 juga tidak terlepas diberi pembaharuan. Ada beberapa bahagian diberikan sentuhan warna gangsa.

Gear Jahat - Yamaha MT-09 warna baru 2016 3

Pilihan warna sebelum ini iaitu oren dan ungu telah ditamatkan. Tiada lagi tawaran untuk kedua-dua warna lama itu.

Saya menerima maklumat model dengan warna baru ini akan berada di beberapa kedai motosikal terpilih mulai esok.

Mungkin ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terlebih dahulu. Negeri-negeri lain akan disusul kemudian.

Harga motosikal dengan warna baru itu tiada perubahan. Harga asas jualan termasuk cukai GST ialah RM44,653.24.

Berita ketibaan MT-09 : klik di sini
Berita model CKD MT-09: klik di sini