Honda Super Cub versi elektrik bakal tiba

GearJahat - Honda Cub Elektrik 10

Legasi motosikal Honda Super Cub nampaknya akan memasuki fasa baru selepas ini.

Minggu lalu, pada pameran Bangkok International Motor Show, Honda muncul bersama model konsep Super Cub versi elektrik. Mereka memanggilnya sebagai Honda EV-Cub.

Reka bentuknya menggabungkan seni binaan moden tanpa mengorbankan elemen klasik seperti model keluaran era lewat 50-an.

Untuk menggerakkan motosikal ini, ia bergantung kepada bantuan kuasa bateri litium-ion dan seunit motor. Bateri itu boleh ditanggalkan untuk dicas menggunakan soket di rumah.

GearJahat - Honda Cub Elektrik 8

Super Cub versi elektrik ini dikhabarkan akan menemui pengguna Jepun dan beberapa negara Asean mulai tahun 2018.

Difahamkan, Honda Jepun merancang untuk membolehkan motosikal ini ditunggang sekurang-kurangnya 50 kilometer untuk setiap cas.