Motochimp

motochimp-4

Ini bukan motosikal untuk monyet….walaupun namanya ialah Motochimp.

Motosikal mini elektrik ini nampaknya macam mengetengahkan gaya Indie. Pengeluarnya ialah syarikat Vanda Electrics yang berpangkalan di Singapura.

Mereka cuba mengubah budaya mobiliti di bandar. Biarpun ia berbadan petak, hendal panjang, sport rim klasik….ia tetap anggun.

Konsep original motosikal ini diinspirasikan daripada lukisan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Larissa Tan.

Motochimp dilancarkan di Pameran Reka Bentuk Industri Antarabangsa Shenzhen di China.motochimp-5Sekali cas selama sejam, jentera comel ini boleh cecah jarak tunggangan sejauh 60 kilometer (km). Nak dimudahkan, 1 minit untuk 1km.

Untuk mengecas, sambungkan sahaja plug di bawah tempat duduk dengan soket dinding rumah. Arus elektrik akan disalurkan ke dalam bateri jenis litium ion.

Seunit motor 48V 350W akan menggerakan tayar motosikal. Tunggangan santai ialah 30km sejam.

Untuk menghidupkan motor ini, anda cuma perlu imbaskan kunci digital pada transponder.

Kedua-dua komponen ini akan berhubung melalui kod pengenalan frekuansi radio. Ia dipanggil teknologi RFID.

motochimp-8

Anda boleh lihat kelajuan tunggangan semasa menerusi meter laju yang diikat pada hendal, iaitu sebelah pendikit minyak.

Sebagai permulaan, Motochimp akan dijual di Jepun. Kemudiannya di negara-negara Asia, United Kingdom dan Eropah.

Pilihan warnanya cukup menarik. Merah, kuning dan biru. Harganya pula kurang menarik USD2,000 (lebih kurang RM8,400) sebiji.

  • Nor Wati Juahir

    Dear Sir/Madam,
    My name is Wati, editor of the Visual Arts Education Book for Form 2 students published for the Ministry of Education Malaysia would like to request for permission to use photo ‘motochimp’ from your website/blog. Please contact me at this email for further information : watiaddin@gmail.com