Honda MSX 125 sudah tiba

Boon Siew Honda hari ini akhirnya melancarkan Honda MSX 125 di Malaysia.

Model MSX 125 itu adalah model naik taraf yang sama diperkenalkan di Thailand pada awal tahun ini.

Honda MSX 125 untuk pasaran Malaysia dilengkapi lampu hadapan dan belakang jenis LED. Lebih menawan, ia dipasang instrumen meter LCD yang membekalkan paparan pelbagai informasi secara digital.

Motosikal Fun Bike ini menggunakan enjin silinder tunggal 125 cc SOHC dengan sistem sejukan udara. Kotak gear yang dipasang pada model kecil ini ialah transmisi empat kelajuan.

Penyampaian bahan api ke dalam kebuk pembakaran adalah jenis suntikan terus. Honda menamakannya ia sebagai PGM-FI. Hasilnya, Honda MSX 125 boleh menjana kuasa 9.7hp @ 7,000rpm dan tork setinggi 11Nm pada 5,200rpm.

Fun Bike seberat 103 kilogram ini dipasang tangki minyak 5.7 liter.

Honda MSX 125 dipasang fork USD 31 milimeter (mm) dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Untuk memberhentikan motosikal MSX 125, anda dibekalkan brek jenis cakera pada kedua-dua roda yang mana roda hadapan sebesar 220mm dan belakang (190 mm).

Amat mengecewakan. Pembeli di Malaysia tidak berpeluang merasai kehebatan sistem brek ABS. Boon Siew Honda tidak menawarkannya pada model MSX 125.

Rim yang digunakan ialah 12 inci dan profail tayar ialah 120/70 (hadapan) dan 130/70 (belakang).

Nak miliki Honda MSX 125? Anda perlu bayar wang sebanyak RM11,128.94 (termasuk GST) untuknya.

Jaminan diberikan ialah 12 tahun atau 20,000 kilometer.

Pilihan warna ada 2 – kuning terang dan merah.

Adakah model ini mampu menyaingi Benelli TnT135 yang baru dilancarkan 2 hari lalu? Bagaimana dengan nasib Kawasaki Z125 Pro pula?