Boon Siew Honda pamer aksesori Honda MSX 125

Selepas melancarkan model mini bike / fun bike Honda MSX 125 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Boon Siew Honda kini muncul dengan satu lagi kejutan.

Ia dilihat sebagai satu usaha untuk cuba melariskan populariti MSX 125 dengan tawaran bukan 1 tetapi 32 jenis aksesori menarik untuk dipasang pada mini bike itu.

Aksesori yang ditawarkan itu merangkumi pelbagai komponen. Dari pemijak kaki kepada penutup radiator. Bar pelindung blok silinder kepada pelekat grafik badan yang agresif.

         

Pemegang kunci, nat tiub angin, bar hendal, set skru, pengimbang bar hendal, penstabil fork hadapan hinggalah pelindung ekzos.

         

Berita pelancaran: Honda MSX 125 sudah tiba

Menyemak laman web negara jiran, nampaknya ada peniaga online sudah menawarkan aksesori sama untuk pemilik Honda MSX 125 di Thailand beserta senarai harga barangan.

Impresif. Namun, mengapa berita menarik ini sekadarhiasan dalam laman web Boon Siew Honda?

        

Tiada sebarang penjelasan diberikan mengenai material digunakan untuk menghasilkan produk itu. Setakat nama barangan sahaja.

Tiada juga senarai harga untuk 32 jenis aksesori jenama PJ H2C diberikan. Jika tidak silap, produk aksesori ini keluaran Thailand.