Yamaha Ego S – Comel dan Kompak


Disember lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mula mengemaskini barisan skuternya dengan kemunculan Yamaha Ego S.
 with YMJET-FI, fuel injection. In a special media only event, the all new Yamaha Ego S was unveiled by Mr. CH Ng, Managing Director of HLYM.
Yamaha Ego S cuba membawa perspektif rekaan baharu dengan konsep rekaan termaju biarpun saiz jentera itu agak kompak. Saya sempat melihatnya secara dekat. Agak impresif. Cuma lampu belakangnya dah rupa macam budak umur 2 tahun pakai pampers. Comel.

Lampu hadapan memang nampak mantap apabila sengaja ditempatkan lebih ke dalam. Lebih menarik kalau paparan lampu isyarat membelok ditarik lebih panjang ke bahagian sisi penghadang angin. Ini pandangan saya sahaja.
Kuasa gerakan roda belakang datangnya dari enjin empat lejang 115cc. Nampak gaya, HLYM sudah pasang sistem suntikan baha api yang dinamakan sebagai YMJET – FI. Komponen itu dikatakan dicipta khas untuk enjin automatik. Tak silap saya, YMJET-FI dicipta oleh Yamaha Motor Co. Ltd. Di Jepun.

Ada empat pilihan warna. Merah, hitam, biru dan putih. Harga Yamaha Ego S ialah RM4,918. Itu harga belum kira cukai jalan, insurans dan nombor plet di Semenanjung Malaysia.

Galeri gambar: