Warna baru untuk Yamaha MT-07 di Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) kini menawarkan dua pilihan warna baharu untuk model naked Yamaha MT-07.

Pilihan warna untuk motosikal pemasangan tempatan (CKD) itu ialah Blue dan Night Flo.

Harga jualan asas termasuk cukai GST ialah RM 36,795.78. Ini belum kira cukai jalan, nombor plet dan insurans.

Jika mahu warna ini, kena tunggu hingga pertengahan bulan Januari 2017. Sabar menanti ya.