KYMCO bakal jual ‘skuter pintar’

Lampu isyarat bertukar merah. Anda pun memberhentikan skuter yang ditunggang. Tiba-tiba skrin meter pula memaparkan beberapa mesej.

  • Ada miss call dari nenek.
  • Teman wanita duk WhatsApp bebel bila nak sampai.
  • Adik muat naik gambar kakak tumbuk belacan guna lesung batu

Ketika itu, baru anda sedar…minyak petrol dalam tangki pula nak habis…sebab sesat cari rumah bakal pak mertua.

Tiba-tiba skuter anda jadi penyelamat. Skuter tunjuk lokasi stesen minyak Shell terdekat. Lega rasa hati.

Ini bukan sembang kosong. Skuter macam ini sudah wujud. Dunia dan pengalaman menunggang sudah memasuki fasa baru.

Semuanya…terima kasih kepada KYMCO kerana mencipta aplikasi dan skrin papan pemuka pintar. KYMCO menamakan aplikasi itu sebagai Noodoe.

 

Aplikasi Noodoe boleh dihubungkan telefon pintar anda dengan skuter KYMCO dengan sambungan Bluetooth.

Malah, anda boleh memuat naik gambar kegemaran pada skrin pintar KYMCO.

Noodoe juga akan memaparkan jam, cuaca dan ramalan cuaca, meter laju dan trip perjalanan pada skrin meter bulat.

Bila kita dapat saksikan teknologi skrin pintar ini pada skuter-skuter atas jalan? KYMCO kata dalam tiga bulan akan datang.

Motor apa yang akan guna skrin pintar ini? Jawab KYMCO – KYMCO AK 550, Like 125 dan People S 125.

Boleh ke ubah tetapan dan warna pada skrin ini? Boleh. Guna sahaja konsol tiga butang pada bahagian kanan hendal.

Tonton video kat atas untuk dapat gambaran sebenar. Cekidaud!