Yamaha bakal lancar Ego Solariz 125cc

Sebuah portal permotoran, Pandulaju.com menyatakan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan melancarkan sebuah skuter baru pada majlis di Genting Highlands, Pahang minggu ini.

Skuter itu adalah varian dalam keluarga Ego dan ia dinamakan sebagai Ego Solariz.

Ego Solariz dikatakan meminjam enjin daripada Yamaha Ego Avantiz iaitu 125cc dengan pasangan transmisi automatik empat kelajuan.

Ia boleh menjanai kuasa 7kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm.

Merujuk laporan portal itu, model itu dikatakan satu lagi produk pemasangan tempatan atau CKD.

Model itu sudah menemui pelanggan di Indonesia tetapi nama digunakannya ialah Yamaha Mio M3.

Ego Solariz dikatakan memiliki saiz sama seperti Mio M3. Jarak rodanya ialah 1,260mm, panjang 1,870mm, tinggi 1,035mm dan lebar 685mm.

Jika dibandingkan dengan Ego Avantiz…nampaknya Ego Solariz lebih besar. Iaitu lebih lebar 5mm dan tinggi sebanyak 35mm. Berat motosikal itu dianggarkan seberat 110 kilogram.

Ego Solariz dipasang brek cakera pada roda depan dan brek drum pada rim belakang.

Rim skuter itu berukuran 14 inci dan dipasang tayar profail 70/90 (hadapan) dan 80/90 (belakang).

Harganya? Masih belum diumumkan lagi.