Honda mahu keluar kapcai elektrik pada 2018

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Honda, Takahiro Hachigo memberi bayangan masa hadapan roda dua dengan kemunculan motosikal elektrik yang mampu mendahului pasaran.

Nampak gayanya, masanya sudah tiba. Terdapat beberapa laporan mengatakan Honda akan muncul dengan kapcai elektrik pada tahun hadapan.

“Kami sebenarnya sedang berusaha untuk mempromosikan penggunaan motosikal elektrik sebagai medium pengangkutan harian anda. Antaranya juga melibatkan model skuter.

“Ketika ini kami sedang melakukan penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah mobiliti yang terbaik,” katanya.

Model motosikal mesra alam itu didatangkan dengan pek bateri yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan kerja-kerja mengecas semula.

Model motosikal elektrik yang dikatakan akan membuat kemunculan adalah EV-Cub. Jika perkara ini benar-benar menjadi, ia pastinya suatu situasi yang menarik untuk dikaji.

Jangan kita terlupa bahawa Modenas juga pernah muncul dengan kapcai elektrik namun model itu kecundang jua akhirnya.

Menurut sumber tempatan, motosikal kategori itu tidak mendapat tempat dalam pasaran Malaysia.

SUMBER: Drebar.my