BMW perkenal skuter X2City

Ini adalah skuter terbaharu #BMW.

Dinamakan sebagai BMW X2City, ia direka untuk kegunaan di bandar yang berdepan masalah kekurangan tempat letak kereta.

Sukter BMW seberat 21 kilogram itu dipasang sebuah pek bateri 408kW di bawah papan pemijak. Bateri itu akan membekalkan kuasa kepada seunit motor elektrik bersaiz kecil untuk memusingkan roda.

Motor BMW ini mula berfungsi selepas anda memulakan tolakan peluncuran menggunakan kaki terlebih dahulu. Syaratnya, tolakan anda perlu sepantas 4.8 kilometer sejam (km/j) ke atas untuk mengaktifkan motor.

Pada bar hendal skuter ini, ada 5 tetapan kelajuan yang boleh dipilih iaitu 5, 7, 9, 11, dan 15 batu sejam (jika dalam km/j susunannya ialah 8, 11, 14, 17 dan 24).

Motor elektrik itu boleh dimatikan dengan menekan punat pada tuil brek pada bila-bila masa.

Untuk mengecas bateri skuter BMW ini, ia boleh dilakukan dengan menggunakan soket di rumah. Tempoh mengecas ialah 2.5 jam jika bateri kosong sepenuhnya.

X2City dipasang dua set brek cakera pada rodanya. Skuter ini juga ada lampu brek belakang.Ia juga ada soket USB untuk anda mengecas telefon pintar.

Harganya lebih mahal daripada sukter Yamaha NVX iaitu AS$2,800 (RM12,000).

Skuter elektrik ini tidak dijual secara langsung oleh pengedar motosikal #BMW tetapi menerusi kedai-kedai basikal terpilih.

Anda juga boleh beli secara online di Kettler Alu-Rad Gmbh yang terletak di Jerman. Jaminan dan kerja baik pulih akan dikendalikan oleh pihak kedai basikal.

Sistem pacuan dan pek bateri litium ion diberikan jaminan selama 4 tahun.