MV Agusta lancar Pusat Gaya Hidup


Moto Varese Asiatic Holdings Sdn. Bhd. (Moto Varese) baru sahaja membuka sebuah premis Pusat Gaya Hidup MV Agusta di Selangor.

Untuk makluman, Moto Varese adalah pengedar tunggal motosikal MV Agusta di Malaysia.

Premis yang terletak di kawasan perusahaan Batu Caves itu mempunyai keluasan 1,800 meter persegi dan berstatus 4S iaitu pameran, jualan, alat ganti dan servis.

Selain Selangor, syarikat itu juga mempunyai sebuah lagi Pusat Gaya Hidup di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Tidak terhenti di situ, Moto Varese ada perancangan untuk membuka beberapa lagi Pusat Gaya Hidup di beberapa bandar menjelang akhir tahun ini.

Antara kawasan yang disebutkan termasuk Kota Bharu di Kelantan; Johor Bahru di Johor dan juga Sabah serta Sarawak.