Yamaha 125ZR Movistar edisi 2017

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memilih model Yamaha 125ZR sebagai produk yang menerima solekan edisi MotoGP tahun ini.

Bagaimanapun, tawaran motosikal dua lejang edisi khas itu dihadkan kepada 5,000 unit sahaja.

Kesemua unit itu sudah dihantar kepada pengedar-pengedar di negeri-negeri semenanjung. Ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Motosikal yang menjadi ‘kegemaran ramai’ itu diwarnai biru MotoGP, dihiasai beberapa pelekat dan terbaharu, ada nombor siri pada bahagian hendal kiri (dekat signal).

Tidak cukup dengan itu, pembeli akan dapat sebuah kotak hadiah yang mengandungi sijil memaparkan no siri dan no enjin serta casis, baju-T serta stokin lengan.

Harga jualan asas termasuk GST ialah RM8,846.76 (tidak termasuk cukai jalan, nombor plet dan insurans).