Pilihan Yamaha Movistar lebih luas di Indonesia dan Thailand

Jika peminat Yamaha di Malaysia ditawarkan model edisi khas Movistar 125ZR, berbeza pula dengan negara jiran kita.

Di Indonesia, peminat Movistar Yamaha MotoGP sebenarnya ada pilihan yang cukup luas. Bukan 1 tetapi 5 model untuk dipilih.

Model-model yang dibaluti ‘jaket biru’ itu merangkumi segmen skuter, naked, kapcai dan sport bike.

Yamaha Motor Co. Indonesia menawarkan solekan Yamaha Movistar untuk model Vixion 150, Aerox 155, R15, R25 dan Jupiter MX King 150.

Beralih ke Thailand, tawaran motosikal edisi MotoGP melibatkan dua model dalam kategori sport bike iaitu YZF-R3 dan YZF-R15.

Hong Leong Yamaha Motor ada ke rancangan ke untuk luaskan lagi pilihan varian Movistar ‘tulen’ di Malaysia?

YAMAHA AEROX 155 MOVISTAR
YAMAHA VIXION MOVISTAR
YAMAHA JUPITER MX KING 150 MOVISTAR
YAMAHA R15 MOVISTAR
YAMAHA R25 MOVISTAR
YAMAHA R3 dan R15 MOVISTAR di Thailand

Kredit: Yamaha Indonesia, Yamaha Thailand