Akrapovic MT-09

Pemilik model motosikal Yamaha MT-09 di Britain kini ditawarkan sistem ekzos lengkap yang dicipta oleh pengeluar sistem ekzos premium,  Akrapovic.

Sistem ekzos Akrapovic MT-09 merangkumi binaan keluli tahan karat dengan salutan titanium pada bahagian sarung ekzos. Lagi menarik, ada satu ukiran laser logo MT-09 pada ekzos itu. Tujuan ukiran itu sekadar meningkatkan rasa eksklusif apabila dipandang. 

Akrapovic MT-09 terdiri daripada paip ekzos aloi keluli tahan karat, kolektor, tiub utama dan perendam bunyi. Untuk digunakan secara sah atas jalan, pemilik diberi pilihan sama ada mahu membeli pengubah bermangkin atau tidak.

Akrapovic MT-09 hanya dijual di Britain mulai November nanti. Harganya? RM4,800 untuk set penuh. Kalau mahu tambah pengubah bermangkin, sila tambah belanja sebanyak RM400.