Honda Wave Dash 110 – Generasi kedua

Selepas model EX5 Dream 110, Boon Siew Honda tampil dengan satu lagi motosikal kapcai untuk segmen 110cc.

Model itu sudah pastinya Honda Wave Dash 110. Ada dua jenis iaitu Type R dan Type S. Bezanya bukan besar mana. Hanya libatkan set brek cakera pada roda belakang.

Model yang ada brek cakera depan belakang ialah Type R. Type S hanya ada brek cakera hadapan.

Sebenarnya, Wave Dash baharu ini guna enjin sama seperti EX5 Dream 110 dan Honda Wave 110. Cuma ada talaan berbeza. Jadi,  ada kelainan pada aspek kuasa kuda dan kuasa kilas.

Hal ini sudah disahkan Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Boon Siew Honda, Datuk Seri Tan Hui Jing ketika bertemu pada majlis pelancaran yang mengambil tempat di kilang baharu Boon Siew Honda. 

Perbezaan kuasa dan kuasa kilas (tork) seperti berikut:

EX5 Dream 110:
Kuasa kuda: 7.67PS @ 7,500rpm
Kuasa kilas: 8.32Nm @ 3,500rpm

Wave 110:
Kuasa kuda: 7.67PS @ 7,500rpm
Kuasa kilas: 8.32Nm @ 3,500rpm

Wave Dash 110:
Kuasa kuda: 8.39PS @ 7500rpm
Kuasa kilas: 8.15Nm @ 5,500rpm

Apa yang hebat sangat dengan motosikal ini? Ada dua benda baharu sebagai ciri standard. 

1. Buat julung kalinya, Boon Siew Honda jual motor kapcai pakai tayar tubeless.
2. Model pertama ada set brek cakera belakang – untuk Type R sahaja.

Saya sempat tanya dua soalan pada Datuk Seri Tan Hui Jing sebelum sesi tunggang uji ringkas bermula. Soalan ditanya sekadar info tambahan sahaja.

Soalan: Berapa banyak model generasi pertama Wave Dash di jual kepada pengguna Malaysia?
DS Tan Hui Jing: Generasi pertama Wave Dash diperkenalkan dua tahun lalu (2011). Dalam tempoh dua tahun, kami berjaya jual 63,000 buah.

Soalan: Untuk model baharu, apa sasaran Datuk?
DS Tan Hui Jing: 40,000 hingga 48,000 motosikal bagi tempoh setahun.

Soalan: Setakat ini, berapa besar penguasaan Boon Siew Honda dalam industri motosikal Malaysia?
DS Tan Hui Jing: Saiz keseluruhan industri motosikal bawah 250cc tahun lalu ialah 87 peratus daripada 660,000 unit. Boon Siew Honda kuasai 50 peratus daripada pasaran kapcai.

Soalan: Jadi sebagai pendahulu segmen kapcai, siapa pesaing terdekat anda?
DS Tan Hui Jing: Yamaha. (Sebenarnya Datuk agak berat hendak bagi tahu siapa, tapi terpaksa jawab selepas digesa).

SoalanDatuk sudah pasti maklum Modenas dan Yamaha sudah perkenalkan versi sistem suntikan bahan api. Boon Siew Honda bila lagi?
DS Tan Hui Jing: (sambil tersentum) Tunggu sahaja pengumuman terkini.


Wave Dash R dan Wave Dash S ada empat warna pilihan.

Dash S: merah, hitam, oren dan perak. 
Dash R: merah, hitam, tema Repsol dan perak. 

Jaminan: Dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer (mana-mana yang tiba dahulu).

Koleksi gambar: