Koleksi topi keledar GIVI 2014

Givi Asia sudah umumkan rangkaian topi keledar baharu untuk pasaran Malaysia. Pengumuman dibuat sewaktu meraikan ulang tahun ke-20 di Kuala Lumpur.
Ada tiga siri topi keledar diperkenalkan iaitu Terra, Vento dan Cielo. Setiap nama rangkaian itu ada maksudnya iaitu :
Terra  :  Land (tanah)
Vento :  Wind (angin)
Cielo  :  Sky (langit)
Terra ialah rangkaian topi keledar jenis flip-up. Koleksi ini disifatkan sebagai antara topi keledar terbaik untuk kualiti dengan wang yang anda belanjakan. 
 
Givi menyifatkan ia sebagai helmet terbaik dalam kategorinya.
 
Model   : MX1 Terra
Warna  : Hitam dan kelabu
Saiz      : S (56cm), M (58cm), L (60cm) dan XL (61cm)
Harga   : RM499 seunit
 
 
 
Vento ialah koleksi full face. Ia sebenarnya boleh dikatakan sebagai topi keledar generasi kedua selepas model M50.0 Solid White Malaysia Boleh. Banyak juga penambahbaikan dibuat kali ini.
Model    : M50.1 Vento
Warna   : Putih, hitam, kelabu dan hijau
Saiz       : S (56cm), M (58cm), L (60cm) dan XL (62cm)
Harga    : RM250 seunit
 
 
 
 Cielo pula ialah jenis Jet. Lebih tepat, helmet open face. Kategori helmet yang banyak digunakan oleh penunggang motosikal.
 
Model    : M30.1 Cielo
Warna    : Putih, hitam, kelabu dan hijau
Saiz        : S (56cm), M (58cm), L (60cm) dan XL (61cm)
Harga     : RM150 hingga RM165 seunit
 
  • Fullface agak-agak match tak kalau riding dgn skuter pada pendapat bro. M50.1 mcm lawa je. Tapi aku pakai Ego.

    • Gear Jahat

      Biasanya ada orang akan kutuk dan gelakkan jika kita pakai fullface naik skuter. Bagi saya, apa salahnya? Ikut selera sendiri bro. Lebih elok pakai fullface sebab ia mampu lindung kepala dengan lebih baik berbanding helmet jenis open face. Biar ada yang gelak, kalau jatuh bukan mereka yang sakit. Awak yang tanggung sakit. Keselamatan harus diutamakan berbanding gaya. Salute bro