Pitsterpro LXM125R dan LX450


Motard. Itu antara kelas motosikal yang sedang meraih sambutan. Bermula dengan nama Kawasaki, kemudian tiba pula pesaing lain seperti KTN, DEMAK dan 200 Duke.

Pasaran motard semakin besar. Apa yang pasti, semua model itu di bawah kategori 250cc.

Di Mont Kiara baru-baru ini, ada lagi satu jenama tiba untuk penggemar motosikal motard. Namanya Pitster Pro. Dua model diperkenalkan. Model itu ialah LXM125R dan  LX450. 

Satu dalam kelas 125cc dan satu lagi 450cc. Semuanya enjin empat lejang. Motosikal itu dipasang di Rawang, Selangor. Ini model CKD.

Program CKD terbentuk dengan kerjasama Pitsterpro Motors dan Mofaz Motosikal Sdn. Bhd. (MOMOS).

MOMOS adalah pemilik jenama Pitster Pro dan terlibat dalam pengeluaran motosikal itu.

Pencarian di internet mendapati tidak banyak informasi mengenai kedua-dua model itu. Sebelum terlupa, Pitsterpro ini ialah jenama dari Amerika Syarikat.


Pengurus Besar Pitsterpro Motors, Idon Pang ada menyatakan LXM125R dan LX450 adalah motosikal berprestasi  yang dibina untuk kegunaan atas jalan raya.

Dia cakap, hampir 40 peratus komponen yang dipasang pada kedua-dua model itu datangkan dari vendor tempatan. Baki komponen diambil dari Thailand, China, Indonesia dan Amerika Syarikat.



LXM125R 
Motor ini dipasang enjin empat lejang berkapasiti 124.8cc dan kotak gear empat kelajuan. Model ini menggunakan sistem karburator dan sistem sejukan minyak  dan udara.

Model ini dipasang sistem brek cakera pada kedua-dua roda. Suspensi depan belakang boleh diselaras secara manual. Ikut kesesuaian penunggang.


LX450 
Enjin digunakan ialah silinder tunggal bersesaran 449cc. Masih menggunakan sistem karburator. Kotak gear jenis lima kelajuan. Berat motosikal ialah 120 kilogram.

Sistem suspensi juga boleh laras. Ada dua set brek cakera pada roda depan belakang.

Harga jualan asas bagi LXM125R adalah RM6,350 sebuah. Model 
 pula RM20,900 seunit. Itu tidak masuk insurans, cukai jalan dan caj lain-lain.



Untuk koleksi gambar terperinci, sila klik pada link di bawah: