Pameran kenderaan komersial Jun ini

Asian Trucker Media Sdn. Bhd.  (Asian Trucker ) akan menganjurkan satu pameran berskala antarabangsa khas untuk kenderaan komersial di negara ini.
Dikenali sebagai Malaysia International Bus, Truck and Components Expo 2013 (MIBTC 2013), acara itu akan bermula pada 13 hingga 15 Jun ini.
Lokasinya di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di Seri Kembangan, Selangor.
Pengasas Asian Trucker, Stefan Pertz memberitahu, penyertaan dijangka datangnya daripada syarikat-syarikat korporat, pedagang, agensi kerajaan dan persatuan profesional.
Lebih 100 gerai akan didirikan pada tapak pameran seluas 6,000 meter persegi dan kemasukan adalah percuma.
Penyertaan dibukan kepada pengeluar, pembeli dan operator yang berminat menjual, mempromosi atau memasarkan barangan mereka di peringkat antarabangsa.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.mibtc.com.my.